Thursday 21 September 2017

SALAM MAAL HIJRAH 1439 HIJRAH

Assalamualaikum

Hari ini, 1 Muharram 1439 H bersamaan 22 September 2017 iaitu hari Jumaat.  Ianya merupakan tarikh cuti umum buat rakyat Malaysia.

Tema Maal Hijrah 2017 / 1439 H adalah "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara" telah dipilih sebagai tema sambutan maal hijrah tahun ini.

Umat Islam di Malaysia akan sentiasa mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah serta peristiwa baginda Rasulullah SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar.  Bertitik tolak daripada peristiwa hijrah tersebut umat Islam haruslah mengambil iktibar bahawa ukhuwah Islamiyah yang kuat dan jitu adalah asas kepada perpaduan dan kesatuan ummah yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan umat Islam ke era yang global demi menjulang nama Islam di persada mata dunia dan menjadi ikon terbaik di alam maya ini.

Pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan, seorang penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan akan dipilih dan bakal menerima wang tunai RM 100.000, pingat dan sijil penghargaan.  Siapakah yang bertuah itu??? Tunggu di entri akan datang.




No comments:

Post a Comment