Thursday 21 September 2017

SALAM MAAL HIJRAH 1439 HIJRAH

Assalamualaikum

Hari ini, 1 Muharram 1439 H bersamaan 22 September 2017 iaitu hari Jumaat.  Ianya merupakan tarikh cuti umum buat rakyat Malaysia.

Tema Maal Hijrah 2017 / 1439 H adalah "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara" telah dipilih sebagai tema sambutan maal hijrah tahun ini.

Umat Islam di Malaysia akan sentiasa mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah serta peristiwa baginda Rasulullah SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar.  Bertitik tolak daripada peristiwa hijrah tersebut umat Islam haruslah mengambil iktibar bahawa ukhuwah Islamiyah yang kuat dan jitu adalah asas kepada perpaduan dan kesatuan ummah yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan umat Islam ke era yang global demi menjulang nama Islam di persada mata dunia dan menjadi ikon terbaik di alam maya ini.

Pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan, seorang penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan akan dipilih dan bakal menerima wang tunai RM 100.000, pingat dan sijil penghargaan.  Siapakah yang bertuah itu??? Tunggu di entri akan datang.




Saturday 12 August 2017

Cuti Sekolah Pertengahan Penggal 2 (2017) VS Hari Merdeka

Assalamualaikum

Masa begitu cepat berlalu.  Sedar atau tidak kita sekarang berada dalam bulan kemerdekaan iaitu bulan 'OGOS'.  Di sekolah banyak program berkaitan kemerdekaan dijalankan seperti pertandingan pakaian beragam, mewarna poster, bina ayat dan mengarang sempena bulan kemerdekaan dan lain-lain lagi.  Kawasan sekolah juga dihiasi dengan jalur gemilang.  

Cuti sekolah pertengahan penggal 2 (2017) bermula pada 26 Ogos 2017 sehingga 3 September 2017. Hari kemerdekaan Malaysia termasuk dalam cuti persekolahan tersebut.  Sudah 60 tahun negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan.  Syukur alhamdulillah.  


Panjanglah cuti, oleh itu sama-samalah kita manfaatkan cuti ini dengan balik ke kampung menziarahi ibu bapa kita.  Jika ibu bapa tinggal dengan kita, raikan mereka dengan membawanya pulang ke kampung untuk melihat rumah yang telah lama ditinggalkan.  Mereka tak akan bercakap, tapi kita sebagai anak semestinya mempunyai perasaan kasihan belas dengan kedua ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita.

Insyaallah, saya akan balik ke FELDA Kumai, Bera bersama ibu saya.  Besar harapan agar ibu saya gembira dengan percutian kali ini.  Saya sebagai anak perlu kuat semangat apabila balik ke kampung, maklum rumah tinggal maka memerlukan tenaga yang banyak dan kesabaran yang tinggi untuk membersihkan keadaan di dalam rumah yang banyak habuk.  Saya mempunyai ada anak kecil, jadi sebelum masuk ke dalam rumah, saya dan suami akan pastikan keadaan dalam rumah sudah disapu bersih dan dimop jika perlu barulah ibu dan anak saya akan masuk ke dalam rumah.  Begitulah rutin setiap kali balik ke kampung.  Saya dan suami gembira jika ibu bapa kami gembira.



 

Penurunan Harga Penginapan Homestay

Asslamualaikum

Terlalu lama saya tidak menulis di dalam blog ini kerana banyaknya aktiviti sekolah dan urusan keluarga.  Dikesempatan saya mengucapkan syukur alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T kerana masih lagi memberikan saya dan suami untuk terus hidup bersama sebagai suami isteri.

Pada 10 Julai 2017 yang lalu suami saya En. Harisfadilah Bin Shamsuddin telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ, Seremban kerana serangan jantung.  Selama 6 hari berada di hospital.  Walaupun nampak sihat tetapi sebenarnya denyutan jantungnya sangat laju ketika itu. Ucapan terima kasih kepada saudara mara dan rakan-rakan yang datang menziarahi suami saya di hospital.  Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa, adik beradik dan rakan-rakan suami saya sekarang beransur sihat, sudah mula bekerja dan yang paling penting kami sekeluarga sekarang mengamalkan amalan pemakanan yang sihat, kurangkan minyak,santan, gula dan garam. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan, masakan yang rebus-rebus dan panggang.



Bagi menzahirkan rasa syukur saya, saya memberikan tawaran harga yang rendah kepada tetamu homestay saya sehingga 31 Ogos 2017.  Tetapi saya lanjutkan sehingga 30 September 2017.  Harga yang ditawarkan adalah semalam RM 120 manakala 2 malam hanya RM 200 sahaja.  Sebarang kemusykilan boleh hubungi saya di talian 019-2423872.

Kepada yang telah menginap di homestay saya, saya ucapkan terima kasih dan kebanyakan dari mereka menyatakan homestay ini selesa dan sesuai untuk mereka yang berkeluarga.

Friday 3 March 2017

Cuti Sekolah

Assalamualaikum.

Bermula 18.03.2017 sehingga 26.03.2017 selama 9 hari bagi sekolah di negeri Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur & Labuan) cuti pertengahan penggal 1.  Manakala bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu mereka akan mula bercuti lebih awal iaitu pada 17.3.2017 sehingga 25.3.2017.

Kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Gambang Waterpark dan Safari Night bolehlah menginap di Husna Homestay.  Sebuah rumah yang bersih, selesa dan harga penginapan juga mampu bayar. Setakat ini tarikh 17.03.2017 - 26.03.2017 masih lagi kosong.  Manfatkanlah cuti sekolah bersama keluarga tersayang.  Bercuti salah satu terapi untuk menghilangkan tekanan.  

Tempahan penginapan atau sebarang pertanyaan mengenai Husna Homestay boleh hubungi Pn. Haidah Binti Hamzah di talian 019-2423872.

'INGAT GAMBANG WATERPARK, INGAT HUSNA HOMESTAY'



Tuesday 28 February 2017

Kelebihan Menginap Di Husna Homestay, Gambang Water Park

Husna Homestay, Gambang Water Park adalah sebuah rumah kos rendah sahaja.  Akan tetapi saya suami isteri telah mengeluarkan sedikit modal dengan :

  • Menambah awning di bahagian hadapan  dan belakang rumah.
  • Memasang pintu baru di setiap bilik termasuk pintu hadapan dan pintu dapur
  • Memasang pagar serta pintu pagar yang lebih besar. 
  • Membuat table top di dapur. 
  • Lantai berkarpet

Kelebihan yang paling ketara berbanding dengan homestay lain yang ada di Gambang ini adalah kami menyediakan tuala mandi sebanyak 6 helai.  Tuala ini akan diletakkan di setiap bilik banyak 2 helai.  Untuk makluman pembaca semua, tuala ini tidak boleh di bawa pulang sebaliknya hanya kegunaan sepanjang berada di homestay ini sahaja.  Diharapkan penghuni Husna Homestay dapat mematuhi peraturan ini.  kami sekadar memudahkan orang yang bermusafir.

Selain itu, Husna Homestay juga menyediakan kelengkapan membasuh baju, ubat gigi, sabun mandi dan syampu rambut secara percuma.  Barang ini juga tidak boleh di bawa pulang.  Sebaliknya hendaklah digunakan secara berhemah dan jangan membazir.   Tetamu yang menginap hanya perlu membawa berus gigi sahaja.  

"Jika selalu memudahkan urusan orang, yakinlah Allah akan memudahkan urusan kita"

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn. Haidah Hamzah (0192423872)

Thursday 23 February 2017

Tawaran Harga Penginapan

  • Cuti Umum/ Cuti sekolah      RM 170.00 semalam
  • Jumaat - Sabtu                        RM 150.00 semalam
  • Ahad - Khamis                       RM 130.00 semalam
  • Bulan Ramadhan                    RM 110.00 semalam
  • Deposit adalah RM 100 sahaja.
  • Kadar sewa juga boleh dirunding sekiranya menginap lebih dari satu hari.
  • Penginapan homesytay ini khusus bagi keluarga muslim dan muhrim sahaja.
  • Maksimum 10 orang tetamu.
  • Waktu check in pada jam 2.00 petang
  • Waktu check out pada jam 12.00 tengahari.

Monday 20 February 2017

Syarat Menginap Di Husna Homestay, Gambang Waterpark

Setiap penghuni Husna Homestay wajib mematuhi syarat-syarat berikut:

1.  Dikhaskan untuk penghuni yang beragama Islam sahaja.

2.  Tidak dibenarkan percampuran lelaki dan wanita yang tiada hubungan keluarga/ mahram untuk 
     menyewa.  Jika timbul syak wasangka, pihak kami berhak meminta penyewa memberi penjelasan      seperti mengemukakan  kad pengenalan, sijil kahwin dan lain-lain dokumen.

3.  Dilarang sama sekali merokok di dalam homestay.

4.  Sentiasa memastikan semua suiz elektrik, lampu, aircond dan kipas serta paip air ditutup selepas 
     digunakan atau semasa meninggalkan homestay.

5.  Sentiasa menjaga kebersihan & kekemasan homestay sepanjang menginap.

6.  Oleh kerana keselamatan penghuni dan barangan homestay adalah penting, maka dinasihatkan 
     supaya penghuni sentiasa memastikan pintu pagar dikunci semasa menginap dan meninggalkan          homestay pada waktu siang atau malam.

7.  Tidak merosakkan atau menghilangkan barang-barang homestay.


" INGAT BUKIT GAMBANG WATER, INGAT HUSNA HOMESTAY"


Institusi Pendidikan Di Kawasan Gambang

Husna Homestay sangat sesuai untuk anda yang mempunyai urusan di tempat-tempat berikut:


  • Kolej Matrikulasi Pahang (5 minit).
  • Kolej Komuniti Paya Besar (5 minit).
  • Pusat Asasi UIA (5 minit).
  • Sekolah Sukan (10 minit).
  • Universiti Malaysia Pahang UMP (15 minit).
  • Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah KIPSAS (15 minit).
  • Kolej Poly Tech MARA (32 minit).
  • Kolej Shahputra (35 minit).

INGAT BUKIT GAMBANG, INGAT HUSNA HOMESTAY

Sebarang pertanyaan mengenai Husna Homestay boleh hubungi Pn. Haidah Binti Hamzah (0192423872).

Saturday 18 February 2017

Kemudahan Di Kawasan Sekitar

Selain kemudahan penginapan yang selesa dan lengkap, pengunjung yang datang menginap di homestay ini juga dapat merasai kemudahan yang ada di kawasan sekitar seperti :
  • Berhampiran kemudahan kedai makan dan kedai runcit (200 meter).
  • Pasar Malam setiap hari Sabtu.
  • Bukit Gambang Waterpark (2 minit).
  • Kolej Matrikulasi Pahang (5 minit).
  • Stesen minyak BHP (5 minit).
  • ATM Bank Islam Berhad dan Bank Rakyat (Bersebelahan Kolej Matrikulasi Pahang) (5 minit).
  • Kolej Komuniti Paya Besar (5 minit).
  • Pusat Asasi UIA (5 minit).
  • Felda Lepar Hilir (8 minit).
  • Sekolah Sukan (10 minit).
  • ATM Maybank Berhad (Petronas Gambang/ Esso Gambang/ Caltex Gambang).  ATM CIMB (Petronas Gambang) dan ATM Bank Muamalat (UMP) (10 minit).
  • Stesen minyak Petronas Gambang, Esso Gambang dan Caltex Gambang (10 minit)
  • Universiti Malaysia Pahang UMP (15 minit).
  • Kem Askar Batu 10 (15 minit).
  • Restoren Zaman (15 minit).
  • Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah KIPSAS (15 minit).
  • Air Terjun Sungai Pandan dan Air Terjun Pancing (20 minit).
  • Kuantan Airport (26 minit).
  • Restoren Ikan Bakar Tanjung Lumpur (30 minit).
  • Kolej Poly Tech MARA (32 minit).
  • Kolej Shahputra (35 minit).
  • Bandar Kuantan (40 minit).
  • Pantai Teluk Cempedak, Pantai Gelora, Pantai Sepat, Kuantan River Cruise, Zoo Mini Kuantan (percuma) (40 minit)
  • Bandar Di Raja Pekan (50 minit).

INGAT BUKIT GAMBANG, INGAT HUSNA HOMESTAY

Sebarang pertanyaan mengenai Husna Homestay boleh hubungi Pn. Haidah Binti Hamzah (0192423872).

Friday 17 February 2017

Kemudahan Yang Disediakan Di Husna Homestay

Lokasi Husna Homestay:


No. 23, Lorong GD 19,

Taman Gambang Damai,
Jalan Kuantan-Maran,
26300 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.


Husna Homestay, Gambang Waterpark

  • 3 bilik tidur
  • 1 aircond
  • 2 bilik air
  • Bilik Tidur Utama       (katil queen + kipas)
  • Bilik Tidur Kedua       (2 katil single + kipas)
  • Bilik Tidur Ketiga       (katil queen + kipas)
Berikut adalah keterangan terperinci tentang kemudahan yang terdapat di Husna Homestay.

1.  Porch


  • Bumbung :  Porch yang bertutup sepenuhnya sampai ke pagar hadapan.
  • Lantai       :  Simen

2.  Ruang Tamu

  • Kipas syiling
  • Sofa 
  • TV 32 inci  + Njoi
  • Aircond 1.5 hp Daikin
  • Cermin besar
  • 2 kerusi 
  • Lantai simen + berkarpet penuh 

3.  Bilik Tidur Utama

  • Kipas syiling
  • Sebuah katil queen + 4 biji bantal + selimut
  • 5 batang hanger
  • Almari 
  • 2 tempat penyangkut baju
  • Sehelai sejadah
  • Tuala mandi 2 helai
  • Cermin muka
  • Tandas + sink kecil + cermin muka + syampu rambut + ubat gigi + syampu badan + kain basahan
  • Tong sampah
  • Lantai berkarpet sepenuhnya

4.  Bilik Tidur Kedua

  • Kipas dinding
  • 2 katil single + 4 biji bantal + selimut
  • 5 batang hanger
  • Almari
  • Tempat penyangkut baju
  • Tuala mandi 2 helai
  • Cermin
  • Pengering rambut
  • Seterika
  • Lantai berkarpet sepenuhnya

5.  Bilik Tidur Ketiga

  • Kipas syiling
  • Sebuah katil queen + 4 biji bantal + selimut
  • 5 batang hanger
  • Sehelai sejadah + telekung
  • Almari
  • Tempat penyangkut baju
  • Tuala mandi 2 helai
  • Cemin muka
  • Sebatang besi untuk menyangkut baju di ampaian luar.
  • Lantai berkarpet sepenuhnya

6. Dapur

  • Meja makan 4 kerusi
  • Peti sejuk
  • Mesin basuh automatik
  • Jug kettle
  • Microwave
  • Periuk nasi elektrik
  • Induction cooker 
  • Periuk
  • Jug air
  • Pinggan
  • Mangkuk
  • Sudu
  • Gelas
  • Set teko + cawan
  • Papan pemotong
  • Pisau
  • Garam
  • Gula
  • Teh/kopi
  • Axion 
  • Span basuh pinggan
  • Sabun basuh kain
  • Penyapu
  • Penyodok sampah
  • Tong sampah
  • Lantai separuh berkarpet + separuh mozek

7.  Tandas Belakang

  • Tandas + pam
  • Sinki kecil
  • Getah paip
  • Cermin
  • Ubat gigi
  • Syampu rambut
  • Syampu badan
  • Paip shower
  • Kain basahan

Thursday 16 February 2017

Selamat Datang Ke Husna Homestay, Bukit Gambang Waterpark.

Husna Homestay  baru sahaja beroperasi sebulan yang lalu. Homestay ini  menyediakan penginapan atau rumah tamu yang selesa, bersih dan lengkap untuk anda dan keluarga anda beristirehat apabila berkunjung ke Gambang, Kuantan, Pahang. Lokasi Husna Homestay di Taman Gambang Damai, berhadapan dengan Bukit Gambang Waterpark dan Safari Park.

Jika anda ingin membuat tempahan atau mahu dapatkan maklumat lanjut berkaitan homestay ini, boleh hubungi pengurus Homestay :


Pn.Haidah  : 0192423872

En.Haris      : 0192427290

Boleh datang sendiri untuk melihat homestay ini di alamat : 

Husna Homestay,
No. 23, Lorong GD 19,
Taman Gambang Damai,
Jalan Kuantan – Gambang
26300 Gambang, Pahang


Penginapan homestay ini khusus bagi keluarga muslim & muhrim sahaja. Selamat menikmati percutian dengan penginapan yang selesa dengan kadar sewa yang berpatutan di Husna Homestay