Friday 24 August 2018

1. Org yg tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampk salah orang lain.
    - Ustaz Azhar Idrus

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
          - Ustaz Kazim Elias..

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      - Ustaz Don Daniyal..

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     - Datuk Ismail Kamus..

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    - ustaz Haslin Baharin..

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     - Al-Habib Ali Zainal..

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf...

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     -Ustaz Dasuki Rani..

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama-sama saya.InsyaAllah
        - TG Harun Din"..

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      -Ustaz Pahrol...

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

                      SELAMAT BERAMAL

Sunday 12 August 2018

Pesanan Ustaz Ahmad Dusuki Bin Abd Rani

RAMAI ORANG SAYANG IBUBAPA, TAPI SEBENARNYA TIDAK

Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

1. Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

2. Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.

3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumputnya.

4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah... dan lain-lain.

Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.
Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.

Yang mereka perlukan, antaranya ialah :

1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.

2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.

3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.

4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.

5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.
Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah.

Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi... hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main-main, perhiasan indah atau harta dunia.

"... yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim..."
Ingatlah... hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan dari anak kita._

Wallahu a'lam...

Senafas Ke Barzakh
- + Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani