Saturday, 2 June 2018

Razzan al-Najjar

Ramadan Kareem

She was a daughter, a sister, a wife, a mother, a co-worker and a friend.  But more than that...she was a HERO.

Razan al-Najjar, 21 years old a nurse an volunteer paramedic, risked her life every single day to help the wounded protesters in Gaza.

More than 100 of her co-workers has been killed or injured in the last month, but that didn't stop her.

She bravely dodged the bullets to help her people who are protesting every day for her and the 2 million people being held prisoner dan suffering in Gaza.

Rest in peace, Razan.
You were an angel on erth and now you are an angel in heaven.

Ini gambar kepunyaan saya, maaf tak bolh ambil
Razan al-Najjar

Khasiat Bunga Telang

Assalamualaikum



Bunga Telang / Butterfly Pea Flowers

Bunga telang iaitu butterfly pea flowers mengandungi 'anthocyanins' yang tinggi berbanding dengan makanan yang lain.  Ia boleh mencegah sel-sel badan dari risiko barah kerana terdapat 'cyclotides peptides' yang mempunyai anti tumor, sangat berkesan untuk kanser paru-paru.  Ia juga merangsang pengaliran darah hingga ke dalam saluran-saluran darah yang kecil baik untuk mata dan otak.

Manfaat lain Bunga Telang:
  • Menyuburkan rambut
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Merawat ulser mulut
  • Insomnia
  • Mengubati bisul
  • Melawaskan kencing
  • Membersihkan mata
  • Perbaiki haid wanita
  • Merangsang memori dan kebijaksanaan
  • Pewarna makanan dan fabrik
  • Sebagai detox
  • Mengubati batuk
  • Ubat bronchitis
  • Mencuci darah
  • Ubati sakit telinga
  • Boleh dimakan bunga telang. Campurkan dalam telur dadar atau celup tepung.
#Bunga kecil ini murah harganya tetapi ia berupaya membantu kesihatan kita yang tidak ternilai harganya.#

Dalam Rumahtangga, Setiap Ujiannya Berbeza-beza

Assalamualaikum

  • Ada yang diuji di awal pperkahwinan, lambat dapat anak, dikata mandul oleh ahli keluarga, hingga terhiri hati berkeping-keping.
  • Ada yang diuji dengan anak berderet-deret, dengan anak-anak yang bermacam karenah, hingga nak bawa anak-anak balik rumah mentua dan makan di luar pun jadi malu sebab sat lagi huru-hara.
  • Ada yang diuji dengan anak yang istimewa, ADHD dan sebagainya.  Memang betul-betul mencabar kemampuan dan kesabaran diri.
  • Ada yang diuji dengan hubungan dengan mentua.  Segalanya tidak kena di mata mentua walaupun telah dibuat segala yang terbaik.  Ada juga yang diuji dengan mentua yang memegang 'remote control'.
  • Ada yang diuji dengan masalah kewangan dan diuji pula dengan kesenangan hidup, duit dan harta masuk berkepuk-kepuk.
  • Ada juga yang anak-anaknya semua hebat-hebat, cemerlang akademik dan sahsiah, cantik dan molek rupanya.  Ini juga ujian kesenangan yang amat 'tricky'
  • Ada juga yang diuji dengan kehilangan dan ujian ini amat berat benar untuk ditanggung badan.
  • Macam-macam, setiap pasangan pasti akan ada kisahnya yang tersendiri.  Apa pun kita kena ingat, segala apa yang berlaku telah ditentukan khas untuk kita, untuk Allah melihat bagaimana kita mengurus ujian itu.
  • Apa yang penting apabila sudah berkahwin, adalah bersabar, jangan cepat melenting apabila masalah mula datang menjengah.

#Cinta Sampai Hujung Nyawa (Harisfadilah Shamsuddin & Haidah Hamzah)#

Tips Menjemput Rezeki

Assalamualaikum. Ramadan Kareem.

TIPS MENJEMPUT REZEKI:

  • Solat Dhuha 2, 4, 6, 8 rakaat
  • Selawat dan istigfar 1000 X pagi
  • Baca surah Yaasin awal pagi
  • Baca surah al-Waqiah selepas Maghrib/ Isyak
  • Zikir Ya Wahab 300 X
  • Zikir Ya Mujib 300 X
  • Sedekah setiap hari
  • Solat Taubat sebelum tidur
  • Solat Tahajjud sebelum Subuh
  • Zikir subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Innahaaza larizquna Maalahu Minnafad 33 X selepas solat


# Istiqomah dalam amalan #

Thursday, 21 September 2017

SALAM MAAL HIJRAH 1439 HIJRAH

Assalamualaikum

Hari ini, 1 Muharram 1439 H bersamaan 22 September 2017 iaitu hari Jumaat.  Ianya merupakan tarikh cuti umum buat rakyat Malaysia.

Tema Maal Hijrah 2017 / 1439 H adalah "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara" telah dipilih sebagai tema sambutan maal hijrah tahun ini.

Umat Islam di Malaysia akan sentiasa mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah serta peristiwa baginda Rasulullah SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar.  Bertitik tolak daripada peristiwa hijrah tersebut umat Islam haruslah mengambil iktibar bahawa ukhuwah Islamiyah yang kuat dan jitu adalah asas kepada perpaduan dan kesatuan ummah yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan umat Islam ke era yang global demi menjulang nama Islam di persada mata dunia dan menjadi ikon terbaik di alam maya ini.

Pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan, seorang penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan akan dipilih dan bakal menerima wang tunai RM 100.000, pingat dan sijil penghargaan.  Siapakah yang bertuah itu??? Tunggu di entri akan datang.




Saturday, 12 August 2017

Cuti Sekolah Pertengahan Penggal 2 (2017) VS Hari Merdeka

Assalamualaikum

Masa begitu cepat berlalu.  Sedar atau tidak kita sekarang berada dalam bulan kemerdekaan iaitu bulan 'OGOS'.  Di sekolah banyak program berkaitan kemerdekaan dijalankan seperti pertandingan pakaian beragam, mewarna poster, bina ayat dan mengarang sempena bulan kemerdekaan dan lain-lain lagi.  Kawasan sekolah juga dihiasi dengan jalur gemilang.  

Cuti sekolah pertengahan penggal 2 (2017) bermula pada 26 Ogos 2017 sehingga 3 September 2017. Hari kemerdekaan Malaysia termasuk dalam cuti persekolahan tersebut.  Sudah 60 tahun negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan.  Syukur alhamdulillah.  


Panjanglah cuti, oleh itu sama-samalah kita manfaatkan cuti ini dengan balik ke kampung menziarahi ibu bapa kita.  Jika ibu bapa tinggal dengan kita, raikan mereka dengan membawanya pulang ke kampung untuk melihat rumah yang telah lama ditinggalkan.  Mereka tak akan bercakap, tapi kita sebagai anak semestinya mempunyai perasaan kasihan belas dengan kedua ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita.

Insyaallah, saya akan balik ke FELDA Kumai, Bera bersama ibu saya.  Besar harapan agar ibu saya gembira dengan percutian kali ini.  Saya sebagai anak perlu kuat semangat apabila balik ke kampung, maklum rumah tinggal maka memerlukan tenaga yang banyak dan kesabaran yang tinggi untuk membersihkan keadaan di dalam rumah yang banyak habuk.  Saya mempunyai ada anak kecil, jadi sebelum masuk ke dalam rumah, saya dan suami akan pastikan keadaan dalam rumah sudah disapu bersih dan dimop jika perlu barulah ibu dan anak saya akan masuk ke dalam rumah.  Begitulah rutin setiap kali balik ke kampung.  Saya dan suami gembira jika ibu bapa kami gembira.



 

Penurunan Harga Penginapan Homestay

Asslamualaikum

Terlalu lama saya tidak menulis di dalam blog ini kerana banyaknya aktiviti sekolah dan urusan keluarga.  Dikesempatan saya mengucapkan syukur alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T kerana masih lagi memberikan saya dan suami untuk terus hidup bersama sebagai suami isteri.

Pada 10 Julai 2017 yang lalu suami saya En. Harisfadilah Bin Shamsuddin telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ, Seremban kerana serangan jantung.  Selama 6 hari berada di hospital.  Walaupun nampak sihat tetapi sebenarnya denyutan jantungnya sangat laju ketika itu. Ucapan terima kasih kepada saudara mara dan rakan-rakan yang datang menziarahi suami saya di hospital.  Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa, adik beradik dan rakan-rakan suami saya sekarang beransur sihat, sudah mula bekerja dan yang paling penting kami sekeluarga sekarang mengamalkan amalan pemakanan yang sihat, kurangkan minyak,santan, gula dan garam. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan, masakan yang rebus-rebus dan panggang.



Bagi menzahirkan rasa syukur saya, saya memberikan tawaran harga yang rendah kepada tetamu homestay saya sehingga 31 Ogos 2017.  Tetapi saya lanjutkan sehingga 30 September 2017.  Harga yang ditawarkan adalah semalam RM 120 manakala 2 malam hanya RM 200 sahaja.  Sebarang kemusykilan boleh hubungi saya di talian 019-2423872.

Kepada yang telah menginap di homestay saya, saya ucapkan terima kasih dan kebanyakan dari mereka menyatakan homestay ini selesa dan sesuai untuk mereka yang berkeluarga.